www.Bujang Elitz.Com

"Sekedar Rangkuman Manusia Biasa"

Posted by Rustan pada Juni 17, 2009

Brazil enggan ulangi rentak sumbang


KAKA meraikan jaringannya ketika menentang Mesir kelmarin.

BLOEMFONTEIN, Afrika Selatan – Andai berhajat mempertahan gelaran Piala Konfederasi, Brazil tidak harus mengulangi rentak seperti babak kedua ketika menang 4-3 ke atas Mesir kelmarin.

Terdahulu, Brazil mempamerkan corak permainan menarik apabila mendahului 3-1 pada babak pertama aksi pembukaan Kumpulan B itu.

Bagaimanapun, Mesir bangkit untuk mengikat kedudukan 3-3 sebelum Kaka menyelamatkan maruah Brazil menerusi gol kemenangan hasil sepakan penalti pada masa kecederaan babak kedua.

Kaka mengakui, keputusan tersebut seharusnya menjadi pengajaran berguna buat skuad Samba itu.

“Kami beraksi dengan baik pada babak pertama tetapi kemudian kami keletihan kerana mungkin penerbangan yang jauh.

“Beberapa pemain hanya tidur empat atau lima jam sahaja sejak tiba di sini dan itulah puncanya.

“Begitupun, amat penting untuk memenangi perlawanan ini dan dalam sesatu kejohanan, kamu perlu menang perlawanan pertama.

“Bagaimanapun, kami tidak harus biarkan perkara ini berulang lagi,” jelas Kaka.

Bintang baru Real Madrid itu turut mempertahankan sepakan penalti yang diambilnya sehingga membolehkan Brazil mencipta kemenangan.

“Sudah pasti ia sepakan penalti. Memang bagus bagi pengadil apabila ada orang lain yang membantunya membuat keputusan dengan tepat,” kata Kaka. – Agensi

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: