www.Bujang Elitz.Com

"Sekedar Rangkuman Manusia Biasa"

KEBIASAAN BURUK BELANJA

KITA tidak dapat menganalisis sesuatu kelemahan yang dilakukan sendiri, lebih-lebih lagi masalah hutang melibatkan kad kredit.

Menyadari masih banyak di kalangan anggota keluarga atau sahabat kita tidak berdisiplin ketika membeli-belah, minggu ini saya catatkan kebiasaan buruk yang ada pada diri sendiri agar kita tidak mengulangi kesalahan lalu.

Menyalahgunakan pemindahan saldo kad kredit

Memindahkan saldo kartu kredit dari bank yang memberikan kadar yang tinggi ke bank yang memberikan kadar yang rendah merupakan satu langkah yang baik dalam mengurangkan bayaran semula hutang. Tetapi kesalahan besar yang serin berlaku ialah apabila kita masih lagi menambah transaksi-transaksi pembelian yang baru.

Kelewatan pembayaran kredit

Jangan sesekali melewatkan pembayaran kredit, tidak utang kartu kredit, pinjaman rumah mahupun kendaraan. Anda akan berhadapan dengan kerugian yang besar apabila masih bersikap begini setiap akhir bulan. Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan cermat, ia boleh mendatangkan kerugian jutaan, dalam waktu 10 hingga 20 tahun yang akan datang.

Selalunya, setiap bank akan memberikan waktu yang tertentu untuk membuat pembayaran. Oleh kerana kita sudah biasa dengan membayar semua tagihan pada awal bulan, selalunya bayaran pada pertengahan bulan akan dibayar lambat atau dibayar pada bulan depan. Di sinilah kesilapannya.

Walaupun kita rasakan manfaatnyanya hanyalah beberapa Rp saja tetapi, kalau ditambah dengan beban utang yang baru dan dilambatkan lagi pembayarannya, faedahnya juga akan menjadi bertambah.

Apa yang boleh kita lakukan ialah mencatit tarikh pembelian dan tarikh perlu dibayar dalam masa 20 hari. Ini kerana, bank yang memberikan kad kredit telah memberikan tempoh 20 hari untuk membayar tanpa dikenakan faedah. Antara kaedah lain untuk mengelakkan kadar faedah tinggi adalah dengan segera membuat pembayaran dalam talian.



Menggunakan kad kredit walaupun mempunyai wang tunai

Menjadi lumrah hidup kita yang tinggal di kota, setiap kali belanja selalu kartu kredit yang digunakan. Seorang diri mahupun dengan keluarga, kita lebih serin menghulurkan kartu kredit walaupun saku, dompet dan tas  kita dipenuh dengan wang tunai.

Walaupun jumlah pembelian kecil, ia tetap meningkatkan dan menambahkan lagi saldo bulan lalau yang masih belum terbayar.

Menyesepelekan dana kecemasan

Masih ramai di kalangan ibu bapa hari ini menyepelekan  simpanan keluarga menerusi dana kecemasan. Wang yang disimpan dalam dana ini amat penting kerana ia akan menyelamatkan kita apabila berlakunya kecemasan. Keadaan kecemasan inilah yang memaksa kita menggunakan kartu kredit dan ini secara tidak langsung akan menambahkan lagi bebanan hutang. (kosmo)

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: